Saturday, November 2, 2013

MONYET HIDUNG PANJANG(BAYAU) DAN KLIP-KLIP DI SUNGAI KOTA KLIAS


Bertolak dari rumah di Kuala Penyu pada jam 4.45 petang dan sampai di tempat berkumpul pada jam 5.00 petang. hujan turun pada masa itu, rombongan terpaksa menunggu hujan turun. kami  diidangkan dengan minum petang kopi dan kueh mueh. dekat jam 6.00 petang baru lah kami turun  ke bot dengan lengkap memakai life jaket dan baju hujan. merentas sungai  yang sempit permulaannya keluar ke sungai yang besar. kami mencari-cari binatang yang dicari tidak nampak lagi. lebih kurang 10 minit selepas itu barulah kami melihat si bayau itu, tetapi agak jauh juga.kira ok juga , yang penting nampak jugalah.
Saya bersama isteri dan 2 anak rasa puas dalam aktiviti ini.bukan sahaja kami yang ingin melihat  si bayau dan klip2 ini, ramai lagi pengunjung dan pelancong yg menyaksikan. bot mereka lagi besar  dari kami dan nampak satu tamasya pula...mariah.
Kami menunggu pula waktu malam dalam keadaa gelap untuk melihat klip2. permulaannya nampak sedikit  sahaja klip2, tetapi akhirnya rombongan kami rasa terhujah  melihat begitu banyaknya klip2 yang memenuhi sepohon pokok besar.
Setelah puas melihat Bayau dan klip2, kami balik di pondok yang tempat kami bermula tadi. disana kami diidangkan dengan makanan yang lazat dan sebelum pulang kami bergambar beramai-ramai.




No comments:

Post a Comment