Saturday, November 2, 2013

MASUK HOSPITAL KUALA PENYU

Masuk rumah sakit Kuala Penyu, ditahan selama 5 hari, kena paru2 berair. ramai saudara datang berkunjung. pengalaman baru ditahan masuk wad, bersama orang2 yang berbagai masalah penyakit. selama lima hari di hospital dapat berkenalan secara senyap dengan rakan2 pesakit danjururawat/nurse .  pesakit datang dan pergi sili berganti setiap hari.
kejadian ini berlaku pada hari pertama puasa bulan ramadan iaitu 9/7/2013. banyak kemungkinan menjadi penyebab aku mengalami penyakit ini, antaranya badan terlalu lemah dan senang dijangkiti penyakit, apatah lagi pada masa itu masalah jerebu melanda sabah dan pada hari kena tu hujan turun dengan lebatnya yang sebelum itu kemarau beberapa minggu. orang cakap hujan pertama itu yang jatuh membasahi bumi akan men yebabkan kuman2 menjadi aktif dan berterbangan ke udara. pada sebelah petang itu setelah beberapa jam hujan berhenti saya telah berjogging. mungkin itulah sebabnya.
kemungkinan lain mungkin, kena asap rokok dari orang sekeliling, walaupun aku tidak bersijup(merokok).


Penyakit Paru-Paru Berair Dan Puncanya...

                                   Bismillahirrahmanirrahim..

As Salam,



sumber rakan blogger

Sedang bunda duduk termenung tiba-tiba bunda teringat tentang penyakit paru-paru berair yang selalu disebut-sebut orang tu. Paru-paru bertakung air ke? So bunda pun google untuk cari tahu.

Penyakit paru-paru berair di kenali juga dalam bahasa saintifik nya sebagai ' Pneumonia'. Paru-paru berair sejenis penyakit radang paru-paru. Penyakit paru-paru berair bolih berpunca dari pelbagai punca, termasuk jangkitan bakteria, virus, fungi atau parasit.

Paru-paru berair bermakna berlaku takungan darah dalam paru-paru. Ia di sebut 'Palmonary edema'. Tanda paru-paru berair bergantung kepada kadar berlakunya takungan itu dan jumlah darah yang bertakung.

Symtom-symtom yang biasa di kaitkan dengan paru-paru berair termasuk, batuk, sakit dada, demam dan nafas berbunyi seperti mereka di serang lelah.

sumber rakan blogger
Jika takungan berlaku  dalam jangkawaktu panjang, pesakit mudah sesak nafas bila bergerak aktif. Bila isi padu darah yang bertakung meningkat, pesakit mengadu tidak bolih berbaring mendatar.  Juga sering terbangun waktu malam kerana terbatuk dan tersedak.

Selain dari itu bolih juga berlaku bengkak atau sembab kaki, takungan air dalam perut (ascitis) dan bengkak hati.

Paru-paru berair juga biasanya berpunca daripada masaalah jantung/kegagalan jantung , antaranya:

@ Penyakit jantung koronari.
@ Penyakit injap jantung mitral yang sempit.
@ Penyakit injap aorta yang bocor.
@ Masaalah jantung berlubang yang berpanjangan.
@ Penyakit radang dinding jantung (kardiomyopati).
@ Kekurangan darah merah yang teruk.

Sebab-sebab lain:

@ Kegagalan buah pinggang.
@ Kerosakkan hati yang kronik.
@ Pemberian cecair atau darah yang banyak dan terlalu cepat secara introvena.
@ Penyakit tiroid yang terlalu aktif.

p/s: Dari itu marilah sama-sama kita menjaga kesihatan, gaya hidup dan cara pemakanan kita. Penyakit ini jugalah punca kematian ibu bunda yang dideritainya bertahun-tahun selepas pembedahan Pintasan Jantung Koronari 10 tahun lepas juga masaalah paru-paru dan hati.  

No comments:

Post a Comment