Monday, February 28, 2011

500 tan metrik

500 Tan Metrik Sarang Burung Pada 2020


Ya !!! Itulah sasaran yang di letakkan menjelang tahun 2020. Sasaran pengeluaran 500 tan metrik sarang burung dari Malaysia menjelang 2020.

Mungkin ada yang bertanya, boleh jual kat siapa kalau sudah ada hasil ? boleh jadi ke lambakkan sarang burung sehingga tidak dapat dijual ?

Apa yang saya tahu industri burung walet/walit ini adalah sangat unik. Kerana ?! sukar jika dikatakan hendak membuat jadual pengeluaran sarang burung setiap bulan yang tetap pada sesebuah rumah burung kerana ianya melibatkan banyak faktor kecuali jika rumah burung itu betul-betul unik juga.

Sehingga kini HANYA 25% hingga 35% permintaan dunia dapat di bekalkan. Selainnya ? sarang burung masih tidak mencukupi untuk membekalkan permintaan dunia yang semakin sedar akan khasiat sarang burung yang tinggi nilainya.

Kerana percambahan kepada penggunaan sarang burung ini bukan sahaja untuk kesihatan dalaman tetapi juga untuk kecantikan luaran.

Walau bagaimana pun pengeluaran sarang burung Malaysia terus menunjukkan peningkatan yang baik dan dijangka pengeluaran ini kian bertambah.

Ikuti pautan/link ini untuk mengetahui lebih lanjut kenyataan media dari Menteri Pertanian & Industri Asas Tani Malaysia.

No comments:

Post a Comment