Thursday, July 12, 2012

KUALA PENYU

Sekarang tinggal di Kuala Penyu, Tempat yang cantik. Penduduknya tdk ramai, tapi banyak aktiviti boleh dibuat ni sini, kalau mahu. Ini kawasan ramai orang melakukan aktiviti memancing. kebanyaskan orang luar datang ke sini untuk memancing. Pulau yang paling dekat ialah pula tiga. Cuma di sini kedai makan kurang kadang2 tiada pada waktu malam. malam sunyi disini. setiap  hujung minggu balik KK. Isteri bertugas di SMK Pekan Kuala Penyu, anak sekolah di sk pekan K.penyu, saya hari-hari akan memandu ke membakut kerana bertugas SMK Membakut, perjalanan mengambil masa 40 minit dengan berlahan saja.


ASAL USUL KUALA PENYU:Lagenda sebiji batu berbentuk seekor mamalia yang menyerupai penyu kini dipercayai masih wujud terbenam di Kuala Sungai Tasik Sitompok yang membawa nama asal dengan sebutan "Sitompok" telah melahirkan nama sebuah daerah hingga ke hari ini sebagai daerah Kuala Penyu.
Daerah ini dapat dikunjungi melalui jalan raya mahupun menaiki Bot melalui jalan laut. Hanya 145 kilometer daripada Kota kinabalu ke daerah ini perjalanan melalui jalan Beaufort dan jika perjalanan melalui Membakut/Pimping pula jaraknya kini cuma 106 kilometer, disamping menjimatkan masa perjalanan melalui Membakut/Pimping pengunjung juga berpeluang menaiki perkhidmatan Feri untuk menyeberangi Teluk Sitompok.

                                                             Jeti Di pantai Senawang
                                                                    Pekan K. Penyu
                                                                     Dulu Mahu ke Kuala Penyu Naik Feri ni

No comments:

Post a Comment